Orang tua-tua selalu berpesan, sediakan payung sebelum hujan.
Sebab tu walaupun anda naik kereta, pasti ada sekaki payung untuk “standby”
dalam kereta, kalau-kalau kena juga redah hujan untuk menuju ke destinasi.
Takaful juga begitu. Sebelum terjadinya sesuatu musibah,
milikilah ia sebelum terlambat. Meskipun langit cerah membiru, anda sebagai
hambaNya tidak dapat mengagak bila awan mendung akan tiba.
Pernah tak tiba-tiba anda terdengar bunyi guruh pada hari
yang cerah, lepas tu tiba-tiba je hujan pun turun? Pasti pernah. Kalau pada
ketika itu anda tiada payung, pasti terdetik di hati anda “Kalaulah aku bawa
payung tadi…”. Tetapi semuanya sudah terlambat. Siapa sangka hujan akan turun
di hari yang cerah?
Anda cuma mampu merancang, tetapi Allah jua yang menentukan
segalanya..Adakah anda tahu pagi esok akan ada kemalangan dalam perjalanan ke
tempat kerja menyebabkan jalan sesak dan mengakibatkan anda terlewat masuk
ofis? Anda mungkin merancang untuk bertolak pada jam 7 pagi, tapi adakah anda
pasti anda akan sampai pada jam 8 pagi?
Anda cuma mampu merancang, tetapi Allah jua yang menentukan
segalanya.. Adakah anda pasti apakah yg akan anda makan malam ini? Anda mungkin
merancang untuk makan seafood di restoran, tetapi adakah anda pasti rasanya
akan menepati citarasa anda? Adakah anda pasti tukang masak tidak akan
termasukkan lebih garam malam ini?
Semuanya tidak pasti. Adakah anda tahu bilakah ajal akan
datang menjemput? Adakah anda tahu bilakah nikmat kesihatan akan ditarik balik?
Adakah anda tahu apa yang akan terjadi minggu depan? Semuanya tidak pasti.
Sebagai hambaNya, anda hanya mampu merancang tetapi hanya Allah yang akan
menentukan segalanya.
Jadi, rancanglah untuk menghadapi masa-masa
sukar anda, sama ada untuk kepentingan diri sendiri atau keluarga yang
ditinggalkan. Jika anda percaya bahawa anda hanya mampu merancang, tetapi Allah
yang menentukan, kenapa masih bertangguh untuk sediakan payung sebelum hujan,
sediakan takaful sebelum musibah terjadi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan